18 Feb 2015

TIBA-TIBA KU TERKENANGKAN MAK

sejak berapa hari ni ramai yang ku kenal telah kembali ke rahmatullah.. Al Fatihah, semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan dengan golongan orang-orang yang iman dan mendapat rahmat Allah S.W.T

ku termenung seketika, jarang sekali aku mencium tangan mak bila pergi kerja, bila keluar rumah, kadang2 ja cium tangan mak, bila mak nak keluar jalan jauh, bila tiba musim raya, astagafirullahulazim, anak apa kah aku ini... aku tutup mata sekejap bayangkan mak nak di mandikan jenazah, air mata ku berderai, Ya Allah... banyak nya dosa ku pada mak!!!

Ya Allah, terima kasih kerana memberiku kesedaran ini ketika ku masih belum terlambat... Insyallah akan ku cium tangan mu mak setiap masa... semoga Allah S.W.T memberikan kesihatan, dimurahkan rezeki dan kelapangan dalam beribadat... Amin, Insyallah!

No comments:

Post a Comment